::AbduL FataH::

Wednesday, September 9, 2009

::Pantun Lawak::

Ap kata hayati pantun ni smbil bt tutor teori

Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Kenapa kau nak jolok pakai galah
Sebab cempedak tu dah jatuh kat luar pagar .

Kalau ada sumur di ladang
Bolehlah hamba menumpang mandi
Patutlah bau badan kau busuk semacam
Bilik air ada, buat apa kau mandi kat perigi.

Pisang emas dibawa berlayar
Masak sebiji di atas peti
Kat pasaraya tak ada hutang hutang
Kalau nak, bayar, Cash On Delivery

Kalau ada jarum yang patah
Jangan di simpan di dalam peti
Kesian betul dengan kau ni
Jarum patah pun kau simpan dalam peti.

Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Kalau kau berani kejarlah kucing tu
Mesti kau kena cakar sampai berbelang-belang gak.

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Kain Pak Malau, Mak Limah yang lipat
Kain aku, si pencuri yang sapu

Rumah Pak Mamat di tepi sawah
Pakai langsir berwarna biru
Ooi Pak Mat, langsir warna biru tak lawa lah
Pakailah warna kuning ke, hijau ke, kelabu asap ke.

Air pasang dalam surut pukul lima
Nyonya bangun pagi siram pokok bunga
Haloo nyonya, mau tanya sikit
Siram pokok bunga aje, tak jual bunga ka?

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Kalau padi tu belumlah masak
Janganlah tuai, taklah layu-layuan.

Limau purut masak di dahan
Batang selasih condong uratnya
Limau purut tak boleh makan
Nanti sakit perut apa ubatnya.

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Buat apa nak ke Pulau Pandan yang jauh tu
Pergi aje ke Pandan Indah

Sorong papan tarik padan
Buah keranji dalam perahu
Tolonglah jangan makan buah keranji tu
Nanti badan kau orang berbau.

Hayya Cik Siti, perempuan banyak muda
Ana banyak takut jalan tutup mata
Memanglah takut kalau jalan tutup mata
Sebab cik siti tak tunjuk jalan.

Encik Baba jatuh dalam parit
Cik Aminah ketawa jerit jerit
Sampai hati Cik Aminah ketawakan saya jerit-jerit
Mentang-mentanglah saya jatuh dalam parit

Buai laju laju
Sampai pokok sena
Woii, jangan buai laju-laju
Nanti kang tercampak ke angkasa

Timang tinggi-tinggi
Sampai cucur atap
Cucur atap tak sedap
Cucuk pisang, cucur udang, haaa tu sedap

Sunday, September 6, 2009

::AjaiB DonG::



setelah sekian lama menyepi..
akhirnya aku berkesempatan untuk meng'update' satu2nya blog aku ini.
memang dah lame xupdate sampaikan roti canai kt bawah pn da basi..hehe.
(segn gak ak stiap kali buka blog ni pasl makan aje!!!)
yang kelakarnya aku nk buka blog ni pun satu hal..banyak sgt email gmail..smpi lpe.
sblum ni ok aje klu xingt pn sebb boleh buat note dalm hp..tp hp kesaygn 2 dh rosak..
mcm ni lh jdnya..sem leps pn memg agk bz..sbb 2lh nekad xbke blog(padahal bukn aktif blog sgt pn)

& petg td keajaiban berlaku..blok baru yg aku duduk ni dapt wireless..
ssuatu yg xpernah terfkir oleh aku..sbenarnya rumit ak da dapt shari lbh awl(sbb 2lah ak rs hangin tgk dia blh on9 sdgkan ak xleh)..
akhrnya berkat kesabaran & sipi2 wireless dapt lh jgk..jd bolehlah nak menghilangkan bosan..
kalu tak..aku tgk ko, ko tgk aku..last2 tdo..gitu la kalu xleh on9..
sekian awalan celotehan..


Monday, November 10, 2008

:: LapaR ::

Sarapan pagi ni pkul 8 lbih. Roti canai 2 keping. Murah & menyelerakan. Maila sini kalu tak percaya. Kedai roti canai melambak=harga murah. Kedai jauh=harga berbeza. Roti canai=Sarapan. Kucing srapan+manusia sarapan=kasihan belas.

Sunday, November 9, 2008

:: Pasir VS BatU ::


Motivate Yourself

  • This story tells of two friends walking through the desert. During some point of the journey, they had an argument, and one friend slapped the other one in the face.

  • The one who got slapped was hurt, but without saying anything, wrote in the sand:

  • They kept on walking until they found an oasis, where they decided to take a bath.

  • The one who had been slapped got stuck in the mire and started drowning, but the friend saved him. After he recovered from the near drowning, he wrote on a stone:

  • The friend who had slapped and saved his best friend asked him, "After I hurt you, you wrote in the sand, and now, you write on a stone. Why?"

  • The other friend replied, "When someone hurts us, we should write it down in sand, where winds of forgiveness can erase it away. When someone does something good for us, we must engrave it in stone, where no wind can ever erase it."


Learn to write your hurts in sand, and to carve your benefits in stone.

:: SpeedY ::

Aku tengok ramai juga orang buat speed test internet ni. Apa salahnya mencuba. Ni keputusan kalau tak pasang USB Wireless. Kalau dengan USB wireless seperti di bawah ni.



Jadi lepas ni kalau nak 'mendownload' kenalah pasang USB wireless slalu. Boleh tahan kelajuan wireless kat UDM ni.

:: RezaK ::


Dok tahu bende. Pagi tadi buke blog tgk-tgk template ilang sparoh. Pokok hok atas tu takdok doh. Tinggal tulisang aje pulok tu. banyok kali try, refresh pong dok leh gok. Bakpe dok au jadi gitu. Nok kate template rosak, bukang. Template ilang pong bukan gok. Ade je background hok laing. Miker payohla nok cari template baru. Sejang lebih pulok nok cari hok saboh dengang blog ni. Last2 aku buka dengan Google Chrome jadi pulok. Molek-molek ade template tu. Takdok cacak celenye. Pokok pung ade catok kat atah tu. Mungking Firefox nok kene update kot. Tapi bile buke mula pahtu bereh blake.Takdok hok kurangnye. Saje dia nok gura gamoknye. Harak-harak lepah ni takdok lah jadi gitu. Takmboh la tuko sokmo template. Takut bolok wok kekgi. Cukup la sekador hok ade ning. Nipong kena ade penambohbaikan & banyok lagi hok kene kemah mula...:)

:: EnjiN ::


Dalam kebosanan aku searh blog ini dalam enjin carian Google. Tak sangka ada pulak. Ini satu lagi pencapaian yang baik walaupun tak seberapa. Iyalah, orang biasa seperti aku ini apalah ada sangat. Tapi seronok juga 'membloggerkan' diri. Ilmu dapat, maklumat pun dapat. Siapa sangka suatu hari nanti sekecil-kecil blog mampu untuk mengubah wacana pemikiran. Pendapat bahkan seantero bumi ini. Kita mengharapkan masa depan anak cucu yang gemilang. Semuanya bermula dari satu langkah. Siapa punya langkah???. Langkah kita. langkah perubahan. Bukannya berseorangan, biarlah semuanya melangkah seiring. Langkah seorang membawa mati. Langkah beramai-ramai membawa kemenangan & kemanisan.

ps..search la blog ko jugk man..:)

:: FaktA ::

Ini antara fakta-fakta menarik yang aku jumpa dalam internet. Memang tak perasan kalau tak kaji betul-betul.

1. Cuba tengok zip seluar anda, tertera huruf YKK..YKK bermakna Yoshida
Kogyo Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di dunia
yang menghasilkan zip yang korang pakai sekarang ni..

2. bunyi (kuek) yang dihasilkan oleh itik tidak bergema dan beralun.
Sehingga kini kita tidak tahu mengapa.

3. Dengan sepotong coklat boleh membunuh anjing? benar!! Coklat mampu
merosakkan sistem pernafasan dan jantung anjing. Dengan ounces yang banyak
mampu membunuh seekor anjing bersaiz kecil.

4. Kebanyakan lipstick yang kita pakai sekarang ni mengandungi sisik
ikan yang telah diproses.

5. Pada tahun 1830, ketchup (sos tomato) digunakan sebagai ubatan dan
bukannya perasa tambahan pada makanan.

6. Tiada satu pun jam di Las Vegas gambling casinos. Dengan ketiadaan
jam akan melekakan penjudi penjudi dengan taruhan mereka..

7. Kerana ketangkasan Bruce Lee..pengarah terpaksa memperlahankan
sedikit filem yang diambil kerana terlampau laju dan pergerakan aksinya
tidak dapat ditangkap melalui lensa kamera. Sesuatu yang agak luar biasa
dari orang lain.

8. Nama sebenar rama-rama (butterfly) ialah'flutterby' .

9. Mosquito repellents atau penghalau nyamuk tidak membunuh.Sensor
nyamuk hanya dikaburi dan ini menyebabkan nyamuk tidak dapat mengesan di
mana mangsa berada.

10. Pakar dan doktor gigi mengesyorkanberus gigi hendaklah diletakkan
sekurang kurangnya 6 kaki jauh dari tandas utk menghalang kuman
berterbangan ketiki anda menggunakan flush tandas.

11. Jika nombor 111,111,111 didarab 111,111,111 anda akan dpat jawapan
12345678987654321.

12. Warna iru adalah warna kesukaan 80 peratus rakyat Amerika.

13. Tanda (#) di keyboard komputer anda sebenarnya dinamakan 'octothorp'.

14. Adalah mustahil jika anda bersin tanpa memejamkan mata.

15. Seekor lipas boleh hidup selama 10 hari tanpa kepala.

16. Jika dikangkangkan kaki dan baring secara telentang, kita tidak akan
tenggelam di dalam pasir jerlus.

17. Nama yang paling banyak umumnya di dunia ini ialah Muhammad.

18. Di Eropah, kebanyakan wanita Eropah tidak memakai seluar dalam
sehingga ke tahun 1900 barulah seluar dalam diperkenalkan.

19. Produk pertama menggunakan bar code adalah Wrigley's gum.

20. Mexico City tenggelam sedikit demi sedikit sekitar 10 inci setiap
tahun.

21. Mengikut statik dalam kehidupan, ayam adalah haiwan yang paling
banyak di dunia mengalahkan manusia, kerana cara pembiakan yang berleluasa
dan senang dibiakkan untuk makanan.

22. Otak akan lebih aktif ketika tidur dari ketika anda menonton tv.

23. terdapat banyak telefon di Washington D.C mengalahkan penduduk
penduduknya.

24. Untuk melepaskan dari gigitan buaya, anda perlu mencucuk matanya
menggunakan jari sekuat hati. Buaya akan melepas anda serta merta.

25. Jika sebutir kecil kismis dijatuhkan di dalam segelas champagne
segar, kismis tersebut akan turun ke dasar gelas dan naik semula dan turun
kembali dan seterusnya seakan dilambung-lambung.

26. Leonardo da Vinci juga mencipta gunting dan beliau menghabiskan 10
tahun untuk menyiapkan lukisan agungnya iaitu Monalisa(10 tahun untuk
bahagian bibirnya sahaja)

27. 90% dari pembaca yang membaca info ini kebanyakannya tidak tahu
tentang fakta yang telah diberikan. Keajaiban fakta fakta sebegini dapat
menarik minat pembaca untuk mengetahui dari atas kemusykilan minda kita
sendiri.

Saturday, November 8, 2008

:: Release Tension ::

Lepas mengedit blog ni aku 'merelease tension' sikit & terjumpalah teka-teki yang dipanggil teka teki kambing. Bolehla tahan. Kalu pandai cubalah jawab.

1) Banyak-banyak bas, bas apa yang pandai

2) Banyak-banyak mi, mi apa yang boleh makan ngan ais

3) Kenapa anjing kencing angkat sebelah kaki

4) Apa perbezaan lampu stadium ngan lampu bilik

5) Apa binatang, badan kecik macam semut tapi mata besar "bulb" mentol

6) Mana lagi tua, motorsikal ke kereta?

7) Ahmad bin Abu, kambing bin apa?

8) Bagaimana nak bezakan ikan betina ngan ikan jantan

:: New Design ::


AKHIRNYA berjaya juga aku mengubah template blog aku. Sejam lebih laman sesawang blogger, Google, Yahoo diredah. Terima kasih kepada Luqman kerana bagi pandangan dan tunjuk ajar sedikit sebanyak. Banyak lagi perkara yang aku perlu belajar untuk menjadi master di dalam blogger ini. Aku ingat nak letak lagu dalam blog ni. Tapi fikir punya fkir tak berapa bagus letak lagu. Tengok lah blogger yang hebat-hebat seperti Raja Petra Kamaruddin, Hanief dll. Mana ada lagu dalam blog mereka semua. (tp mgkin fkirn ak berubah selepas ni)..

Tuesday, November 4, 2008

:: UDM kampus KUSZA ::



Inilah pemandangan UDM kampus KUSZA dari pemandangan satelit google earth. Carilah kediaman anda di mana. Maaflah, kompleks kediaman baru di belakang dalam pembinaan lagi. Belum siap lagi dalm GA ni. Masjid & HEP boleh nampak dengan jelas di sebelah kanan bawah. DKU, DABS & Pustaka ada di tengah-tengah. KOMPLEKS NASIBAH blok MAIMUNAH?..cari sendiri. & aku kira perjalanan dari pintu masuk ke kompleks asrama lebih kurang dalam 1.4 kolometer (guna ruler dalam GA).

Monday, November 3, 2008

:: letter to bill gates ::

Dear Mr. Bill Gates,

I want your explanation because we are sick of those problems. We have bought a computer
For our home and we found problems, which I want to bring to your
Notice.

1. After connecting to Internet we planned to open e-mail account and
Whenever we fill the form in Hotmail in the password column, only ******
Appears, but in the rest of the fields whatever we typed appears, but
We face this problem only in password field. We checked with hardware
Vendor Santa Singh and he said that there is no problem in keyboard.
Because of this we open the e-mail account with password *****. I
Request you to check this as we ourselves do not know what the password is.

2. We are unable to enter anything after we click the 'shut down '
Button.

3. There is a button 'start' but there is no "stop" button. We request
You to check this.

4. We find there is 'Run' in the menu. One of my friend clicked 'run '
Has ran upto Amritsar! So, we request you to change that to "sit", so
That we can click that by sitting.

5. One doubt is that any 're-scooter' available in system? As I find
Only 're-cycle', but I own a scooter at my home.

6. There is 'Find' button but it is not working properly. My sister lost
The door key and we tried a lot for tracing the key with this ' find',
But unable to trace. Is it a bug??

7. Every night I am not sleeping as I have to protect my 'mouse' from
CAT, So I suggest u to provide one DOG to kill that cat.

8. Please confirm when u are going to give me money for winning
'HEARTS' (playing cards in games) and when are u coming to my home to collect
Ur money.

9. My little brother learnt 'Microsoft word' now he wants to learn 'Microsoft
Sentence, so when u will provide that?

Thursday, October 23, 2008

:: TerkinI 2 ::

KUALA TERENGGANU, 23 OKTOBER. Kegemparan yang berlaku baru-baru ini ekoran ketiadaan air di sebuah institusi pengajian tinggi di sini telah selesai. Para pelajar mengucapkan syukur kerana tandas yang perlu dicari berselang-selang blok selama ini terbentang di hadapan mata. Tiada lagi jeritan air berkumandang, semuanya sudah terbentang. Para pelajar berharap perkara ini tidak akan berulang lagi kerana sudah jenuh dengan bau-bauan yang kurang menyenangkan sekiranya air tiada. Sekian isu air.

Monday, October 20, 2008

:: TerkinI ::




KUALA TERENGGANU,20 OKTOBER. GEMPARR..itulah kata-kata yang boleh digambarkan sekarang di beberapa kolej kediaman pelajar sebuah institusi pengajian tinggi di negeri ini. Tidak lain tidak bukan, iaitu isu air. Kami difahamkan sudah beberapa hari air menjadi seperti biskut yang digelar 'Chipsmore'. Para pelajar amat-amatlah tertekan kerana blok menjadi panas. Lebih-lebih lagi cuaca sekarang ini mencecah 30 darjah selsius lebih. Kadang-kadang air akan keluar perlahan-lahan di tengah malam. Melegakan bagi pelajar yang mempunyai penyakit 'buang bahan buangan besar di waktu malam'. kami juga telah meninjau beberapa tandas dan juga bilik air yang kekeringan. Alangkah seperti beruk kami terkejut kerana terdapat bahan buangan yang asalnya cair telah menjadi keras dan kehitam-hitaman. Kami terpaksa juga melakukan pendedahan yang agak meloyakan ini kerana mengasihani nasib pelajar yang menghampiri peperiksaan akhir semsester. lebih-lebih lagi yang berlumba-lumba menyiapkan tugasan yang diberikan sebelum tarikh akhir. Kami akan meninjau institusi pengajian ini beberapa hari lagi bagi mempastikan apakah tindakan yang telah dilakukan oleh pihak atasan. "Kami juga berasa tertekan kerana tidak dapat membasuh baju, mandi jarang-jarang dan blok berbau semacam kerana tiada air", itulah sedikit sebanyak luahan hati seorang pelajar yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad. Laporan seterusnya bakal menyusul.

:: Daulat Tuanku 2::

Pagi semalam aku terpaksa ponteng sekejap persidangan di sebelah pagi kerana ada kuiz BI. Sampai ke tempatnya pada waktu makan, apalagi, isi perut dululah. Hari kedua persidangan tidaklah berapa menarik bagi aku. Membuatkan aku tersengguk-sengguk mengiyakan kata-kata pembentang. Isu ekonomi paling tidak dapat menarik perhatian. Tapi apabila masuk pembentangan kertas kerja berkaitan seni, ramai mula menjadi lentok. Bukannya tidak suka seni, tapi cara penyampaian agak kurang berkesan ditambah lagi seni warisan bangsa yang memerlukan nafas baru daripada penggiat dan penagihnya. Sedang perasmian penutup berlangsung, aku and the gang keluar dari tempat persidangan untuk makan tengahari. Bukannya sengaja keluar awal, tapi kelas Talaqi Quran yang terakhir bagi semester ini akan bermula tak lama lagi. Apapun, banyak pengalaman dan pengetahuan baru yang aku perolehi daripada persidangan selama dua hari ini. Membuatkan aku semakin mencintai tanah air bumi tercinta. حب الوطان من الإيمان (cintakan tanahair sebahagian dari Iman).

Saturday, October 18, 2008

:: Daulat Tuanku::


Bismillah, aku amat bersyukur kerana dilahirkan di bumi Terengganu yang bertuah ini. Memanglah terdapat kepincangan yang semestinya agak sukar untuk dielak oleh semua pihak kerana memerlukan komitmen yang amat tinngi dari atasan mahupun bawahan. Namun, jika pihak yang berwajib tidak mahu berubah, maka menjadi kewajipan kepada kita untuk merubahnya. Hari ini berlangsungnya PERSIDANGAN ANTARABANGSA TIGA ABAD KESULTANAN TERENGGANU. Tak sia-sia masuk. Cukup banyak maklumat yang diperolehi dari persidangan itu. Dari zaman Sultan Zainal Abidin Shah 1 hinggalah kepada Tuanku Mizan sekarang. Raja-raja dan Tuanku di Terengganu amat menitik beratkan soal agama. Terbukti pernyataan ini oleh sejarah dahulukala menyangkal propaganda sengketa. Pembentangan dan juga perbahasan pada sesi petang cukup hangat. Dari sekelumit isu hinggalah kepada sebesar-besar isu dibincangkan. Hilaian tawa tak kurang hebatnya. Tapi aku cukup mengagumi Prof. Dr. Abdullah Zakaria bin Ghazali (UM) yang membentangkan kertas kerja Politik dan Pemerintahan:Tiga Abad Kesultanan Melayu. Nampak selamba naik pentas tanpa sebarang nota iringan. Hadirin terpegun bila bicara bermula. Mana tidaknya, segala fakta kesultanan Melayu hinggalah kepada Siam diingatinya. Tarikh, nama, gelaran, tempat dan fakta-fakta yang tidak dapat disangkal lagi kesahihannya fasih dan cair di mulut!!!. . Itulah orang hebat . Sesi minum petang selepas itu pun seronok juga. Aku tumpang sekaki mendengar orang akademik berbincang. Tapi tak boleh lah dinyatakan di sini apa halnya. Sensitif. Berikut salah sau petikan dari kertas kerja ;-

Maka apabila mankatlah Sultan Mahmud maka putuslah salasilah keturunan Raja Melaka. Maka berpindahlah pula pada keturunan Bendahara Tun Habib kerana adat Melayu masa purbakala, apabila putuslah asal Raja, maka Bendaharalah menjadi raja kerana bendahara itu satu asal dengan raja (salasilah Melayu dan Bugis diusahakan oleh Mohd. Yusof Md. Nor, 1984, hal : 31)

Persidangan bersambung esok…

Wednesday, October 15, 2008

:: ADOYAIIII KERIS??? ::




Mingu ni merupakan minggu 'kaki aku patah'. Sejak dari hari Khamis minggu lepas motosikal aku pancit. Tayar belakang kejadiannya. Kalau tayar depan senang sikit nak disorongnya ke kedai. Kalu belakang alamatnya kena cabutlah. Boleh aje nak naik tapi mahu terburai tayar yang baru aku tukar tu nampak tulangnya. Tak sempat lagi nak mengubatnya. Stakat ni kengkawan membantu lagi kalu nk pinjam muto. TERIMA KASIH. Harap-harap dapatlah baiki dalam masa terdekat ni. Lagipun dua minggu dah tak pulang bercanda kat umah. Rindu jgk dekt adik-adik. Oh motor Krissku sayang. 7 tahun susah senang kita bersama. tak berpisah kerana usia, berenggang bukan kerana sengketa. tak lain tak bukan, TAYARMU PANCITTTT....

:: aku nak ::



Aku sebagai rakyat sebuah negeri yang diberi nama Terengganu dengan lafaz Bismillah menyatakan AKU NAK duit royalti minyak. aku tahu semua rakyat Terengganu seiring dan sejalan dengan kehendak aku ini. tidak kiralah PAS, UMNO, KEADILAN, DAP mahupun MCA dan MIC. kadang-kadang rsa kesakitan jiwa hati melanda apabila royalti yang diidam-idamkan tidak sampai kepada yang sepatutnya. Sehinggakan ada yang menjadi dana bantuan raya. Kecoh psal penyelewengan dana bantuan raya, aku xpasti lah cina/india kat Terengganu ni dapat ataupun tidak dana raya. Cuma inilah yang dapat dilakukan sebagai rakyat biasa. Mengadu dan merintih kepada atasan. Tetapi aku pasti dan percaya Tuhan yang Maha Agung mendengar rintihan kami ini. Aku cuma menyatakan kebenaran apa yang dirasai rakyat Terengganu. Harap saluran royalti betul seperti mana saluran minyak kat Kerteh menyalurkan minyak kepada Petronas dan betulnya saluran itu sampai kepada Merong Mahawangsa.

Thursday, September 4, 2008

::Dikira Jual::



KUALA TERENGGANU, 4 September – sebuah kedai di kuala Terengganu telah dikesan mengunakan ayat bermadah sindiran bertujuan untuk mengingatkan pengguna akan kelalaian yang mungkin akan berlaku sekiranya langkah berjaga-jaga tidak diambil. Madah sindiran empat(4) kerat itu berbunyi :-

Cantik dipandang,
Sedap dipegang,
Bila pecah,
Dikira jual.

Keadaan ini berlaku dipercayai tekanan oleh pihak pemborong yang telah menaikkan harga barangan yang dijual mereka kerana kenaikan harga bahanapi yang semakin ketara sekarang ini. Jikalau dahulu kecuaian pengguna di dalam kedai diaanggap kecuaian pekedai kerana menggunakan slogan ‘pelanggan sentiasa betul’. Tetapi segala-galanya telah berubah sekarang seiring dengan harga minyak dunia. Kami percaya isu emas hitam ini akan merubah beberapa lagi pepatah Melayu lama menjadi pepatah Melayu moden yang selari dengan pasaran minyak semasa. Seorang pemborong yang tidak mahu dikenali menyatakan walaupun pihak kerajaan telah menurunkan harga minyak sebanyak 15 sen tetapi ini masih tidak dapat menampung kos pengeluaran mereka walaupun hanya untuk menggantikan getah ekzos treler dan topup para pemandu mereka. ‘walkie talkie’ sekali pun tidak cukup ruang lingkupnya seluruh Negara. Beliau juga berharap segalanya akan menjadi lebih indah sekiranya arab Saudi menjual minyak secara harga pukal kepada Malaysia. Walaupun ianya seperti tidak masuk akal tetapi beberapa orang penganalisis ekonomi dan politik berkata bahawa perkara ini tidak mustahil untuk berlaku. Rata-rata pembekal dan pemborong yang ditemubual telah memberikan pendapat yang hampir sama. Siasatan kami akan diteruskan lagi dalam edisi yang akan datang.

Wednesday, September 3, 2008

::KusuT::



maka bertanyalah mak andih kepada pak andih "paknya, kenapa muka nampak srabut, berkerut, sakit hati saya tgk kemetot aje". jawab pak pandir "manakan aku x kusut..hari ni aku terima 17 undangan berbukak pose tau x..kang kalu ak xpegi trasa hati pulak memasing"..mak akdih geleng kepala seraya berkata "hai pak pandir ni..apa susah, pegilah dekat jemputan yang pertama..senang cerita..nanti kalu org tanya kenapa xdatang bukak pose kat umah dia jawablah jemputan lewat sampai"..dibalas pak pandir "kau ni bagi idea xbernas langsung dekat aku..aku dah penuhkan lebih separuh jemputan dari tengahari tadi tau x!!!..skang ni tinggal umah pak samad & pak dee kat depan tu aje.."..begitu balasan pak pandir..dan dibalas pula mak andih.."laa, kenapa xajak saya 1x..saya pun tgh pk kan pasl 2 jgk td ni.."..??????

hmm..keluarga pak pandir..xbleh nk salahkan dorg..
afdalnya bukak la kat mesjid..
ak td pegi buka pose kt masjid ngan kengkawan..xlah jd kusut cam Pandir yg berliku-liku otaknya..nak g cafe ke bazar, bazar ke cafe..masjid la senang..blh terus Maghrib kat situ..bukak ramai2 ni ad nikmatnya..makan sikit pun dah rasa kenyang..kalu xcaye try lh sendiri..xrugi..kalu xtry rugi....ramadhan datang 1x..kalau dipanjangkan umur insyALLAH jumpa lagi..xyah nak susah2kan diri..jadi lah hamba yg mengabdikan diri..selamat di sini..slamat di syurga yang menanti...