::AbduL FataH::: :: Daulat Tuanku 2::

Monday, October 20, 2008

:: Daulat Tuanku 2::

Pagi semalam aku terpaksa ponteng sekejap persidangan di sebelah pagi kerana ada kuiz BI. Sampai ke tempatnya pada waktu makan, apalagi, isi perut dululah. Hari kedua persidangan tidaklah berapa menarik bagi aku. Membuatkan aku tersengguk-sengguk mengiyakan kata-kata pembentang. Isu ekonomi paling tidak dapat menarik perhatian. Tapi apabila masuk pembentangan kertas kerja berkaitan seni, ramai mula menjadi lentok. Bukannya tidak suka seni, tapi cara penyampaian agak kurang berkesan ditambah lagi seni warisan bangsa yang memerlukan nafas baru daripada penggiat dan penagihnya. Sedang perasmian penutup berlangsung, aku and the gang keluar dari tempat persidangan untuk makan tengahari. Bukannya sengaja keluar awal, tapi kelas Talaqi Quran yang terakhir bagi semester ini akan bermula tak lama lagi. Apapun, banyak pengalaman dan pengetahuan baru yang aku perolehi daripada persidangan selama dua hari ini. Membuatkan aku semakin mencintai tanah air bumi tercinta. حب الوطان من الإيمان (cintakan tanahair sebahagian dari Iman).

No comments: