::AbduL FataH::: October 2008

Thursday, October 23, 2008

:: TerkinI 2 ::

KUALA TERENGGANU, 23 OKTOBER. Kegemparan yang berlaku baru-baru ini ekoran ketiadaan air di sebuah institusi pengajian tinggi di sini telah selesai. Para pelajar mengucapkan syukur kerana tandas yang perlu dicari berselang-selang blok selama ini terbentang di hadapan mata. Tiada lagi jeritan air berkumandang, semuanya sudah terbentang. Para pelajar berharap perkara ini tidak akan berulang lagi kerana sudah jenuh dengan bau-bauan yang kurang menyenangkan sekiranya air tiada. Sekian isu air.

Monday, October 20, 2008

:: TerkinI ::




KUALA TERENGGANU,20 OKTOBER. GEMPARR..itulah kata-kata yang boleh digambarkan sekarang di beberapa kolej kediaman pelajar sebuah institusi pengajian tinggi di negeri ini. Tidak lain tidak bukan, iaitu isu air. Kami difahamkan sudah beberapa hari air menjadi seperti biskut yang digelar 'Chipsmore'. Para pelajar amat-amatlah tertekan kerana blok menjadi panas. Lebih-lebih lagi cuaca sekarang ini mencecah 30 darjah selsius lebih. Kadang-kadang air akan keluar perlahan-lahan di tengah malam. Melegakan bagi pelajar yang mempunyai penyakit 'buang bahan buangan besar di waktu malam'. kami juga telah meninjau beberapa tandas dan juga bilik air yang kekeringan. Alangkah seperti beruk kami terkejut kerana terdapat bahan buangan yang asalnya cair telah menjadi keras dan kehitam-hitaman. Kami terpaksa juga melakukan pendedahan yang agak meloyakan ini kerana mengasihani nasib pelajar yang menghampiri peperiksaan akhir semsester. lebih-lebih lagi yang berlumba-lumba menyiapkan tugasan yang diberikan sebelum tarikh akhir. Kami akan meninjau institusi pengajian ini beberapa hari lagi bagi mempastikan apakah tindakan yang telah dilakukan oleh pihak atasan. "Kami juga berasa tertekan kerana tidak dapat membasuh baju, mandi jarang-jarang dan blok berbau semacam kerana tiada air", itulah sedikit sebanyak luahan hati seorang pelajar yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad. Laporan seterusnya bakal menyusul.

:: Daulat Tuanku 2::

Pagi semalam aku terpaksa ponteng sekejap persidangan di sebelah pagi kerana ada kuiz BI. Sampai ke tempatnya pada waktu makan, apalagi, isi perut dululah. Hari kedua persidangan tidaklah berapa menarik bagi aku. Membuatkan aku tersengguk-sengguk mengiyakan kata-kata pembentang. Isu ekonomi paling tidak dapat menarik perhatian. Tapi apabila masuk pembentangan kertas kerja berkaitan seni, ramai mula menjadi lentok. Bukannya tidak suka seni, tapi cara penyampaian agak kurang berkesan ditambah lagi seni warisan bangsa yang memerlukan nafas baru daripada penggiat dan penagihnya. Sedang perasmian penutup berlangsung, aku and the gang keluar dari tempat persidangan untuk makan tengahari. Bukannya sengaja keluar awal, tapi kelas Talaqi Quran yang terakhir bagi semester ini akan bermula tak lama lagi. Apapun, banyak pengalaman dan pengetahuan baru yang aku perolehi daripada persidangan selama dua hari ini. Membuatkan aku semakin mencintai tanah air bumi tercinta. حب الوطان من الإيمان (cintakan tanahair sebahagian dari Iman).

Saturday, October 18, 2008

:: Daulat Tuanku::


Bismillah, aku amat bersyukur kerana dilahirkan di bumi Terengganu yang bertuah ini. Memanglah terdapat kepincangan yang semestinya agak sukar untuk dielak oleh semua pihak kerana memerlukan komitmen yang amat tinngi dari atasan mahupun bawahan. Namun, jika pihak yang berwajib tidak mahu berubah, maka menjadi kewajipan kepada kita untuk merubahnya. Hari ini berlangsungnya PERSIDANGAN ANTARABANGSA TIGA ABAD KESULTANAN TERENGGANU. Tak sia-sia masuk. Cukup banyak maklumat yang diperolehi dari persidangan itu. Dari zaman Sultan Zainal Abidin Shah 1 hinggalah kepada Tuanku Mizan sekarang. Raja-raja dan Tuanku di Terengganu amat menitik beratkan soal agama. Terbukti pernyataan ini oleh sejarah dahulukala menyangkal propaganda sengketa. Pembentangan dan juga perbahasan pada sesi petang cukup hangat. Dari sekelumit isu hinggalah kepada sebesar-besar isu dibincangkan. Hilaian tawa tak kurang hebatnya. Tapi aku cukup mengagumi Prof. Dr. Abdullah Zakaria bin Ghazali (UM) yang membentangkan kertas kerja Politik dan Pemerintahan:Tiga Abad Kesultanan Melayu. Nampak selamba naik pentas tanpa sebarang nota iringan. Hadirin terpegun bila bicara bermula. Mana tidaknya, segala fakta kesultanan Melayu hinggalah kepada Siam diingatinya. Tarikh, nama, gelaran, tempat dan fakta-fakta yang tidak dapat disangkal lagi kesahihannya fasih dan cair di mulut!!!. . Itulah orang hebat . Sesi minum petang selepas itu pun seronok juga. Aku tumpang sekaki mendengar orang akademik berbincang. Tapi tak boleh lah dinyatakan di sini apa halnya. Sensitif. Berikut salah sau petikan dari kertas kerja ;-

Maka apabila mankatlah Sultan Mahmud maka putuslah salasilah keturunan Raja Melaka. Maka berpindahlah pula pada keturunan Bendahara Tun Habib kerana adat Melayu masa purbakala, apabila putuslah asal Raja, maka Bendaharalah menjadi raja kerana bendahara itu satu asal dengan raja (salasilah Melayu dan Bugis diusahakan oleh Mohd. Yusof Md. Nor, 1984, hal : 31)

Persidangan bersambung esok…

Wednesday, October 15, 2008

:: ADOYAIIII KERIS??? ::




Mingu ni merupakan minggu 'kaki aku patah'. Sejak dari hari Khamis minggu lepas motosikal aku pancit. Tayar belakang kejadiannya. Kalau tayar depan senang sikit nak disorongnya ke kedai. Kalu belakang alamatnya kena cabutlah. Boleh aje nak naik tapi mahu terburai tayar yang baru aku tukar tu nampak tulangnya. Tak sempat lagi nak mengubatnya. Stakat ni kengkawan membantu lagi kalu nk pinjam muto. TERIMA KASIH. Harap-harap dapatlah baiki dalam masa terdekat ni. Lagipun dua minggu dah tak pulang bercanda kat umah. Rindu jgk dekt adik-adik. Oh motor Krissku sayang. 7 tahun susah senang kita bersama. tak berpisah kerana usia, berenggang bukan kerana sengketa. tak lain tak bukan, TAYARMU PANCITTTT....

:: aku nak ::



Aku sebagai rakyat sebuah negeri yang diberi nama Terengganu dengan lafaz Bismillah menyatakan AKU NAK duit royalti minyak. aku tahu semua rakyat Terengganu seiring dan sejalan dengan kehendak aku ini. tidak kiralah PAS, UMNO, KEADILAN, DAP mahupun MCA dan MIC. kadang-kadang rsa kesakitan jiwa hati melanda apabila royalti yang diidam-idamkan tidak sampai kepada yang sepatutnya. Sehinggakan ada yang menjadi dana bantuan raya. Kecoh psal penyelewengan dana bantuan raya, aku xpasti lah cina/india kat Terengganu ni dapat ataupun tidak dana raya. Cuma inilah yang dapat dilakukan sebagai rakyat biasa. Mengadu dan merintih kepada atasan. Tetapi aku pasti dan percaya Tuhan yang Maha Agung mendengar rintihan kami ini. Aku cuma menyatakan kebenaran apa yang dirasai rakyat Terengganu. Harap saluran royalti betul seperti mana saluran minyak kat Kerteh menyalurkan minyak kepada Petronas dan betulnya saluran itu sampai kepada Merong Mahawangsa.