::AbduL FataH::: ::Dikira Jual::

Thursday, September 4, 2008

::Dikira Jual::



KUALA TERENGGANU, 4 September – sebuah kedai di kuala Terengganu telah dikesan mengunakan ayat bermadah sindiran bertujuan untuk mengingatkan pengguna akan kelalaian yang mungkin akan berlaku sekiranya langkah berjaga-jaga tidak diambil. Madah sindiran empat(4) kerat itu berbunyi :-

Cantik dipandang,
Sedap dipegang,
Bila pecah,
Dikira jual.

Keadaan ini berlaku dipercayai tekanan oleh pihak pemborong yang telah menaikkan harga barangan yang dijual mereka kerana kenaikan harga bahanapi yang semakin ketara sekarang ini. Jikalau dahulu kecuaian pengguna di dalam kedai diaanggap kecuaian pekedai kerana menggunakan slogan ‘pelanggan sentiasa betul’. Tetapi segala-galanya telah berubah sekarang seiring dengan harga minyak dunia. Kami percaya isu emas hitam ini akan merubah beberapa lagi pepatah Melayu lama menjadi pepatah Melayu moden yang selari dengan pasaran minyak semasa. Seorang pemborong yang tidak mahu dikenali menyatakan walaupun pihak kerajaan telah menurunkan harga minyak sebanyak 15 sen tetapi ini masih tidak dapat menampung kos pengeluaran mereka walaupun hanya untuk menggantikan getah ekzos treler dan topup para pemandu mereka. ‘walkie talkie’ sekali pun tidak cukup ruang lingkupnya seluruh Negara. Beliau juga berharap segalanya akan menjadi lebih indah sekiranya arab Saudi menjual minyak secara harga pukal kepada Malaysia. Walaupun ianya seperti tidak masuk akal tetapi beberapa orang penganalisis ekonomi dan politik berkata bahawa perkara ini tidak mustahil untuk berlaku. Rata-rata pembekal dan pemborong yang ditemubual telah memberikan pendapat yang hampir sama. Siasatan kami akan diteruskan lagi dalam edisi yang akan datang.

1 comment:

~fiNdinG a VoiCe~ said...

this is embarassing!ahahaha..yet..funny in an awkward way...

one question to ponder...have we washed our face today?