::AbduL FataH::: :: Daulat Tuanku::

Saturday, October 18, 2008

:: Daulat Tuanku::


Bismillah, aku amat bersyukur kerana dilahirkan di bumi Terengganu yang bertuah ini. Memanglah terdapat kepincangan yang semestinya agak sukar untuk dielak oleh semua pihak kerana memerlukan komitmen yang amat tinngi dari atasan mahupun bawahan. Namun, jika pihak yang berwajib tidak mahu berubah, maka menjadi kewajipan kepada kita untuk merubahnya. Hari ini berlangsungnya PERSIDANGAN ANTARABANGSA TIGA ABAD KESULTANAN TERENGGANU. Tak sia-sia masuk. Cukup banyak maklumat yang diperolehi dari persidangan itu. Dari zaman Sultan Zainal Abidin Shah 1 hinggalah kepada Tuanku Mizan sekarang. Raja-raja dan Tuanku di Terengganu amat menitik beratkan soal agama. Terbukti pernyataan ini oleh sejarah dahulukala menyangkal propaganda sengketa. Pembentangan dan juga perbahasan pada sesi petang cukup hangat. Dari sekelumit isu hinggalah kepada sebesar-besar isu dibincangkan. Hilaian tawa tak kurang hebatnya. Tapi aku cukup mengagumi Prof. Dr. Abdullah Zakaria bin Ghazali (UM) yang membentangkan kertas kerja Politik dan Pemerintahan:Tiga Abad Kesultanan Melayu. Nampak selamba naik pentas tanpa sebarang nota iringan. Hadirin terpegun bila bicara bermula. Mana tidaknya, segala fakta kesultanan Melayu hinggalah kepada Siam diingatinya. Tarikh, nama, gelaran, tempat dan fakta-fakta yang tidak dapat disangkal lagi kesahihannya fasih dan cair di mulut!!!. . Itulah orang hebat . Sesi minum petang selepas itu pun seronok juga. Aku tumpang sekaki mendengar orang akademik berbincang. Tapi tak boleh lah dinyatakan di sini apa halnya. Sensitif. Berikut salah sau petikan dari kertas kerja ;-

Maka apabila mankatlah Sultan Mahmud maka putuslah salasilah keturunan Raja Melaka. Maka berpindahlah pula pada keturunan Bendahara Tun Habib kerana adat Melayu masa purbakala, apabila putuslah asal Raja, maka Bendaharalah menjadi raja kerana bendahara itu satu asal dengan raja (salasilah Melayu dan Bugis diusahakan oleh Mohd. Yusof Md. Nor, 1984, hal : 31)

Persidangan bersambung esok…

No comments: