Thursday, October 23, 2008
:: TerkinI 2 ::
Monday, October 20, 2008
:: TerkinI ::
:: Daulat Tuanku 2::
Pagi semalam aku terpaksa ponteng sekejap persidangan di sebelah pagi kerana ada kuiz BI. Sampai ke tempatnya pada waktu makan, apalagi, isi perut dululah. Hari kedua persidangan tidaklah berapa menarik bagi aku. Membuatkan aku tersengguk-sengguk mengiyakan kata-kata pembentang. Isu ekonomi paling tidak dapat menarik perhatian. Tapi apabila masuk pembentangan kertas kerja berkaitan seni, ramai mula menjadi lentok. Bukannya tidak suka seni, tapi cara penyampaian agak kurang berkesan ditambah lagi seni warisan bangsa yang memerlukan nafas baru daripada penggiat dan penagihnya. Sedang perasmian penutup berlangsung, aku and the gang keluar dari tempat persidangan untuk makan tengahari. Bukannya sengaja keluar awal, tapi kelas Talaqi Quran yang terakhir bagi semester ini akan bermula tak lama lagi. Apapun, banyak pengalaman dan pengetahuan baru yang aku perolehi daripada persidangan selama dua hari ini. Membuatkan aku semakin mencintai tanah air bumi tercinta. حب الوطان من الإيمان (cintakan tanahair sebahagian dari Iman).
Saturday, October 18, 2008
:: Daulat Tuanku::
Bismillah, aku amat bersyukur kerana dilahirkan di bumi Terengganu yang bertuah ini. Memanglah terdapat kepincangan yang semestinya agak sukar untuk dielak oleh semua pihak kerana memerlukan komitmen yang amat tinngi dari atasan mahupun bawahan. Namun, jika pihak yang berwajib tidak mahu berubah, maka menjadi kewajipan kepada kita untuk merubahnya. Hari ini berlangsungnya PERSIDANGAN ANTARABANGSA TIGA ABAD KESULTANAN TERENGGANU. Tak sia-sia masuk. Cukup banyak maklumat yang diperolehi dari persidangan itu. Dari zaman Sultan Zainal Abidin Shah 1 hinggalah kepada Tuanku Mizan sekarang. Raja-raja dan Tuanku di Terengganu amat menitik beratkan soal agama. Terbukti pernyataan ini oleh sejarah dahulukala menyangkal propaganda sengketa. Pembentangan dan juga perbahasan pada sesi petang cukup hangat. Dari sekelumit isu hinggalah kepada sebesar-besar isu dibincangkan. Hilaian tawa tak kurang hebatnya. Tapi aku cukup mengagumi Prof. Dr. Abdullah Zakaria bin Ghazali (UM) yang membentangkan kertas kerja Politik dan Pemerintahan:Tiga Abad Kesultanan Melayu. Nampak selamba naik pentas tanpa sebarang nota iringan. Hadirin terpegun bila bicara bermula. Mana tidaknya, segala fakta kesultanan Melayu hinggalah kepada Siam diingatinya. Tarikh, nama, gelaran, tempat dan fakta-fakta yang tidak dapat disangkal lagi kesahihannya fasih dan cair di mulut!!!. . Itulah orang hebat . Sesi minum petang selepas itu pun seronok juga. Aku tumpang sekaki mendengar orang akademik berbincang. Tapi tak boleh lah dinyatakan di sini apa halnya. Sensitif. Berikut salah sau petikan dari kertas kerja ;-
Maka apabila mankatlah Sultan Mahmud maka putuslah salasilah keturunan Raja Melaka. Maka berpindahlah pula pada keturunan Bendahara Tun Habib kerana adat Melayu masa purbakala, apabila putuslah asal Raja, maka Bendaharalah menjadi raja kerana bendahara itu satu asal dengan raja (salasilah Melayu dan Bugis diusahakan oleh Mohd. Yusof Md. Nor, 1984, hal : 31)
Wednesday, October 15, 2008
:: ADOYAIIII KERIS??? ::
:: aku nak ::
Aku sebagai rakyat sebuah negeri yang diberi nama Terengganu dengan lafaz Bismillah menyatakan AKU NAK duit royalti minyak. aku tahu semua rakyat Terengganu seiring dan sejalan dengan kehendak aku ini. tidak kiralah PAS, UMNO, KEADILAN, DAP mahupun MCA dan MIC. kadang-kadang rsa kesakitan jiwa hati melanda apabila royalti yang diidam-idamkan tidak sampai kepada yang sepatutnya. Sehinggakan ada yang menjadi dana bantuan raya. Kecoh psal penyelewengan dana bantuan raya, aku xpasti lah cina/india kat Terengganu ni dapat ataupun tidak dana raya. Cuma inilah yang dapat dilakukan sebagai rakyat biasa. Mengadu dan merintih kepada atasan. Tetapi aku pasti dan percaya Tuhan yang Maha Agung mendengar rintihan kami ini. Aku cuma menyatakan kebenaran apa yang dirasai rakyat Terengganu. Harap saluran royalti betul seperti mana saluran minyak kat Kerteh menyalurkan minyak kepada Petronas dan betulnya saluran itu sampai kepada Merong Mahawangsa.