::AbduL FataH::

Saturday, November 8, 2008

:: Release Tension ::

Lepas mengedit blog ni aku 'merelease tension' sikit & terjumpalah teka-teki yang dipanggil teka teki kambing. Bolehla tahan. Kalu pandai cubalah jawab.

1) Banyak-banyak bas, bas apa yang pandai

2) Banyak-banyak mi, mi apa yang boleh makan ngan ais

3) Kenapa anjing kencing angkat sebelah kaki

4) Apa perbezaan lampu stadium ngan lampu bilik

5) Apa binatang, badan kecik macam semut tapi mata besar "bulb" mentol

6) Mana lagi tua, motorsikal ke kereta?

7) Ahmad bin Abu, kambing bin apa?

8) Bagaimana nak bezakan ikan betina ngan ikan jantan

:: New Design ::


AKHIRNYA berjaya juga aku mengubah template blog aku. Sejam lebih laman sesawang blogger, Google, Yahoo diredah. Terima kasih kepada Luqman kerana bagi pandangan dan tunjuk ajar sedikit sebanyak. Banyak lagi perkara yang aku perlu belajar untuk menjadi master di dalam blogger ini. Aku ingat nak letak lagu dalam blog ni. Tapi fikir punya fkir tak berapa bagus letak lagu. Tengok lah blogger yang hebat-hebat seperti Raja Petra Kamaruddin, Hanief dll. Mana ada lagu dalam blog mereka semua. (tp mgkin fkirn ak berubah selepas ni)..

Tuesday, November 4, 2008

:: UDM kampus KUSZA ::



Inilah pemandangan UDM kampus KUSZA dari pemandangan satelit google earth. Carilah kediaman anda di mana. Maaflah, kompleks kediaman baru di belakang dalam pembinaan lagi. Belum siap lagi dalm GA ni. Masjid & HEP boleh nampak dengan jelas di sebelah kanan bawah. DKU, DABS & Pustaka ada di tengah-tengah. KOMPLEKS NASIBAH blok MAIMUNAH?..cari sendiri. & aku kira perjalanan dari pintu masuk ke kompleks asrama lebih kurang dalam 1.4 kolometer (guna ruler dalam GA).

Monday, November 3, 2008

:: letter to bill gates ::

Dear Mr. Bill Gates,

I want your explanation because we are sick of those problems. We have bought a computer
For our home and we found problems, which I want to bring to your
Notice.

1. After connecting to Internet we planned to open e-mail account and
Whenever we fill the form in Hotmail in the password column, only ******
Appears, but in the rest of the fields whatever we typed appears, but
We face this problem only in password field. We checked with hardware
Vendor Santa Singh and he said that there is no problem in keyboard.
Because of this we open the e-mail account with password *****. I
Request you to check this as we ourselves do not know what the password is.

2. We are unable to enter anything after we click the 'shut down '
Button.

3. There is a button 'start' but there is no "stop" button. We request
You to check this.

4. We find there is 'Run' in the menu. One of my friend clicked 'run '
Has ran upto Amritsar! So, we request you to change that to "sit", so
That we can click that by sitting.

5. One doubt is that any 're-scooter' available in system? As I find
Only 're-cycle', but I own a scooter at my home.

6. There is 'Find' button but it is not working properly. My sister lost
The door key and we tried a lot for tracing the key with this ' find',
But unable to trace. Is it a bug??

7. Every night I am not sleeping as I have to protect my 'mouse' from
CAT, So I suggest u to provide one DOG to kill that cat.

8. Please confirm when u are going to give me money for winning
'HEARTS' (playing cards in games) and when are u coming to my home to collect
Ur money.

9. My little brother learnt 'Microsoft word' now he wants to learn 'Microsoft
Sentence, so when u will provide that?

Thursday, October 23, 2008

:: TerkinI 2 ::

KUALA TERENGGANU, 23 OKTOBER. Kegemparan yang berlaku baru-baru ini ekoran ketiadaan air di sebuah institusi pengajian tinggi di sini telah selesai. Para pelajar mengucapkan syukur kerana tandas yang perlu dicari berselang-selang blok selama ini terbentang di hadapan mata. Tiada lagi jeritan air berkumandang, semuanya sudah terbentang. Para pelajar berharap perkara ini tidak akan berulang lagi kerana sudah jenuh dengan bau-bauan yang kurang menyenangkan sekiranya air tiada. Sekian isu air.

Monday, October 20, 2008

:: TerkinI ::




KUALA TERENGGANU,20 OKTOBER. GEMPARR..itulah kata-kata yang boleh digambarkan sekarang di beberapa kolej kediaman pelajar sebuah institusi pengajian tinggi di negeri ini. Tidak lain tidak bukan, iaitu isu air. Kami difahamkan sudah beberapa hari air menjadi seperti biskut yang digelar 'Chipsmore'. Para pelajar amat-amatlah tertekan kerana blok menjadi panas. Lebih-lebih lagi cuaca sekarang ini mencecah 30 darjah selsius lebih. Kadang-kadang air akan keluar perlahan-lahan di tengah malam. Melegakan bagi pelajar yang mempunyai penyakit 'buang bahan buangan besar di waktu malam'. kami juga telah meninjau beberapa tandas dan juga bilik air yang kekeringan. Alangkah seperti beruk kami terkejut kerana terdapat bahan buangan yang asalnya cair telah menjadi keras dan kehitam-hitaman. Kami terpaksa juga melakukan pendedahan yang agak meloyakan ini kerana mengasihani nasib pelajar yang menghampiri peperiksaan akhir semsester. lebih-lebih lagi yang berlumba-lumba menyiapkan tugasan yang diberikan sebelum tarikh akhir. Kami akan meninjau institusi pengajian ini beberapa hari lagi bagi mempastikan apakah tindakan yang telah dilakukan oleh pihak atasan. "Kami juga berasa tertekan kerana tidak dapat membasuh baju, mandi jarang-jarang dan blok berbau semacam kerana tiada air", itulah sedikit sebanyak luahan hati seorang pelajar yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad. Laporan seterusnya bakal menyusul.

:: Daulat Tuanku 2::

Pagi semalam aku terpaksa ponteng sekejap persidangan di sebelah pagi kerana ada kuiz BI. Sampai ke tempatnya pada waktu makan, apalagi, isi perut dululah. Hari kedua persidangan tidaklah berapa menarik bagi aku. Membuatkan aku tersengguk-sengguk mengiyakan kata-kata pembentang. Isu ekonomi paling tidak dapat menarik perhatian. Tapi apabila masuk pembentangan kertas kerja berkaitan seni, ramai mula menjadi lentok. Bukannya tidak suka seni, tapi cara penyampaian agak kurang berkesan ditambah lagi seni warisan bangsa yang memerlukan nafas baru daripada penggiat dan penagihnya. Sedang perasmian penutup berlangsung, aku and the gang keluar dari tempat persidangan untuk makan tengahari. Bukannya sengaja keluar awal, tapi kelas Talaqi Quran yang terakhir bagi semester ini akan bermula tak lama lagi. Apapun, banyak pengalaman dan pengetahuan baru yang aku perolehi daripada persidangan selama dua hari ini. Membuatkan aku semakin mencintai tanah air bumi tercinta. حب الوطان من الإيمان (cintakan tanahair sebahagian dari Iman).